Angkat sumpah ahli Kabinet baharu esok: Siapa kekal, siapa bertukar? Ada kejutan...

LocalPolitics
11 Dec 2023 • 6:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beberapa sumber yang rapat dengan koridor kuasa menjangkakan sosok yang pernah menjawat jawatan Menteri sebelum ini dijangka kembali 'beraksi' sebagai pemain utama. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan sertai Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri dan Setia Sumpah Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan akan berlangsung di Istana Negara pada jam 3 petang Selasa, menandakan rombakan Kabinet pertama di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dari Putrajaya, beberapa Menteri akan ditukar portfolio dan Jabatan Wilayah Persekutuan akan kembali dinaik taraf menjadi Kementerian.

Bagaimanapun, difahamkan rombakan ini tidak akan melibatkan lebih dari enam orang, dengan tumpuan kepada beberapa kementerian termasuk jawatan Menteri Kewangan Kedua.

Beberapa sumber yang rapat dengan koridor kuasa menjangkakan sosok yang pernah menjawat jawatan Menteri sebelum ini dijangka kembali 'beraksi' sebagai pemain utama.

Persoalan seterusnya, siapa bakal menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)?

Sumber sama turut memaklumkan, mungkin sosok teknokrat bakal diserap ke dalam Kabinet Perpaduan Kerajaan Madani. Sekali lagi persoalannya, adakah individu tersebut adalah tokoh yang tidak asing dalam arena Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?

Selain itu difahamkan kebanyakan ahli Parlimen UMNO yang menjadi menteri akan terus kekal dengan portfolio kementerian masing-masing. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved