
KINABATANGAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan membantu seorang mangsa banjir yang juga penghidap penyakit kronik ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Isnin.
Maidah Koi, 57, yang tidak mampu bergerak tanpa bantuan, sedar keputusan untuk berpindah bermakna perjalanan sukar baginya ketika Sungai Kinabatangan mencapai paras bahaya.
AdvertisementMenurut APM Kinabatangan, wanita itu menghadapi komplikasi kesihatan serius sejak beberapa lama, termasuk pendarahan perut, jangkitan paru-paru dan kesan sampingan penggunaan antibiotik berpanjangan.
Malah sedikit pergerakan pun menyakitkan baginya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Seorang penduduk Kampung Pengkalan Bukit Garam, Maidah mengambil keputusan berpindah secara sukarela di balai raya sebelum banjir memutuskan hubungan.
Bagaimanpun, pada waktu itu, PPS belum dibuka, menyebabkan dia dan beberapa jirannya tidak mempunyai pilihan kecuali menunggu dan berharap air banjir akan surut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Maidah adalah antara 53 penduduk daripada 16 isi rumah yang terjejas akibat banjir yang melanda dua kampung di Kinabatangan. Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Agama Negeri Pekan Bukit Garam, di sini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat 4 petang Isnin, seramai 115 mangsa daripada 41 keluarga juga diselamatkan dari sebuah kampung di Tongod.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ini menjadikan jumlah mangsa dipindahkan kepada 208 orang daripada 57 keluarga di dua daerah yang masih terjejas, menurun daripada ribuan mangsa di 11 daerah minggu lalu, susulan keadaan cuaca bertambah baik.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sembilan daerah – Beaufort, Kota Marudu, Telupid, Sandakan, Kota Belud, Lahad Datu, Beluran, Paitan dan Pitas – mengisytiharkan PPS masing-masing ditutup.



