‘Angkut’ Isteri Dan Anak Ke Olimpik Paris? Norza Maklum Ada Kuota Khas

6 Aug 2024 • 10:04 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Norza Zakaria maklum beliau ada kuota khas bagi membawa tetamu sendiri untuk menonton acara dalam temasya Olimpik Paris 2024.

Memetik laporan Malaysiakini, Norza bagaimanapun menegaskan kuota itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kad akreditasi melibatkan atlet dan pasukan negara yang menyertai kejohanan berkenaan.

Norza Maklum ada kuota khas untuk bawa tetamu sendiri

image is not available

Foto: Berita Harian

“Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tiada kena-mengena dengan atlet,” katanya.

Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memaparkan individu yang didakwa isteri dan anak lelaki Norza mempunyai kad akreditasi dan sedang menonton acara Olimpik di Paris.

image is not available

Menurut individu tersebut, wanita dan remaja lelaki yang dilihat duduk berhampiran dengan Norza merupakan keluarganya sendiri dan bukan keluarga Presien Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Dalam pada itu, individu yang membuat hantaran itu juga mempersoalkan Menteri Belia dan Sukan serta timbalannya bagaimana keluarga Norza boleh mendapatkan kad akreditasi.

image is not available

Pada masa yang sama, individu itu juga berkata sekiranya benar ada kuota khas, mengapa tidak diberikan kepada jurulatih pemain badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei.

Terdahulu, Goh Jin Wei berkongsi di Instagram dia layak untuk ke Olimpik Paris 2024, bagaimanapun dia tidak akan ditemani jurulatihnya, Nova Armada kerana masalah kekurangan kad akreditasi.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Bukan Goh Jin Wei sahaja yang terkesan, malahan pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zhi Jia juga tidak dapat membawa ahli fisioterapinya dan rakan sparring.

Menerusi tinjauan, Norza telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas menerima pelbagai kecaman daripada warga maya atas tindakannya itu.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali), X FIR