Ani Senario Meninggal Dunia

LocalEntertainment
8 Oct 2025 • 9:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ani Senario Meninggal Dunia

Pelakon terkenal era 1990-an, Rohani Ujang atau lebih dikenali sebagai Ani Senario, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun, semalam.

Difahamkan, Allahyarhamah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, jenazah Allahyarhamah telah dimandikan pada jam 9 pagi dan disolatkan pada jam 10 pagi hari ini (Rabu, 8 Oktober 2025) di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat.

Selesai solat jenazah, Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 sebelum masuk waktu Zohor.

Untuk info, Rohani merupakan antara pelakon wanita yang pernah menceriakan dunia hiburan tanah air menerusi penampilannya dalam sitkom popular Senario dan filem Baginda.

Beliau dikenali dengan personaliti ceria dan lakonannya yang bersahaja, menjadikan watak-watak yang dibawanya dekat di hati penonton.

Pemergian Allahyarhamah meninggalkan kenangan manis buat peminat dunia seni tanah air, khususnya mereka yang membesar dengan rancangan komedi popular tersebut.

Al-fatihah.

Sumber: Zizi Hashim

The post Ani Senario Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved