Anifah Angkat Sumpah Sebagai Senator

Politics
20 Mar 2023 • 12:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anifah Aman - Gambar Facebook Anifah Aman

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Senator di Dewan Negara, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

Menerusi kenyataannya, Anifah merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan serta kepercayaan kedua-dua pemimpin itu yang mengesyorkan beliau menjadi Senator.

“(Saya) bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia dalam kapasiti baharu ini sebagai Senator.

“Saya komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus baik dan kedaulatan undang-undang, selain akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara serta kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Sebagai mantan Menteri Luar, Anifah membawa banyak pengalaman dan pengetahuan kepada Dewan Negara.

“(Saya) berharap dapat menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna yang akan membentuk masa depan Malaysia serta mengukuhkan kedudukannya di pentas global,” tambahnya. – The Vibes, 20 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved