Anil angkat sumpah Pembantu Menteri

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 5:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu:  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Datuk Seri Dr Anil Sandhu dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini, Isnin. Majlis turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Anil menandatangani dokumen pelantikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, Celestina Stuel Galid dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Anil yang memenangi kerusi DUN Kunak pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 atas tiket Barisan Nasional (BN), merupakan wakil BN kedua yang menyertai pentadbiran Kerajaan Negeri selepas Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Hoki Sabah serta Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), sekali gus memperkukuh latar belakang dan kepakarannya dalam pembangunan sukan di negeri ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.