Anime "Blue Lock" Jadi Inspirasi Samurai Biru Tundukkan Jerman!

24 Nov 2022 • 11:07 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Setelah satu dunia dikejutkan dengan keputusan Arab Saudi yang berjaya menewaskan gergasi Amerika Selatan Argentia di Piala Dunia Qatar, semalam lagi satu 'upset' berjaya dicipta oleh "Samurai Biru" Jepun yang berjaya menundukkan gergasi Eropah Jerman dengan jaringan 2-1.

image is not available

Jerman nampak selesa dan menguasai perlawan dengan baik setelah Gundogan berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan penalti, namun kebangkitan dari sudut taktikal dan kemasukan pemain Jepun yang berkelana di Eropah berjaya mengubah perlawanan.

image is not available

Ramai peminat bola sepak teruja dengan keputusan tersebut, namun yang paling teruja sudah tentunya peminat anime bola sepak "Blue Lock". Kebangkitan gergasi Asia itu dikaitkan dengan jersi yang juga direka hasil kolaborasi bersama pelukis animasi "Blue Lock" dan "Giant Killing".

Adidas juga berkongsi proses belakang tadbir penghasilan jersi kebangsaan Jepun menerusi satu video di channel youtube mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved