Anita Baharom Kembali Bergelar Isteri

22 Dec 2022 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ini adalah perkahwinan kedua Anita (kanan) selepas suaminya meninggal dunia awal tahun ini. - Gambar ihsan Picturesque Production

Pelakon Anita Baharom, 39, kembali bergelar isteri semula selepas mengahwini jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, yang juga seorang ahli perniagaan.

Pasangan yang sama cantik sama padan dengan busana rona putih sedondon ini telah diijabkabulkan Majlis Akad Nikah, Bizmilla Wedding Hall di One-City, Subang Jaya, kira-kira jam 11.50 pagi.

Hanya dengan sekali lafaz, Anita sah menjadi isteri kepada Engku Isyamuddin selepas dinikahkan abang kandungnya sendiri, Zulkifli Baharom bersaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Muhammad Hakimi Mustapha.

Majlis akad nikah ini turut disempurnakan dengan acara Khatam Al-Quran oleh pihak pengantin lelaki.

Ini adalah perkahwinan kali kedua Anita Baharom selepas suaminya, Mohd Ismadi Ismail disahkan meninggalkan dunia akibat penyakit kencing manis pada 1 Januari lalu, manakala ini perkahwinan yang keempat untuk Engku Isyamuddin.

Hasil perkahwinan Anita dengan Allhayraham Mohd Ismadi, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail,8.

Majlis resepsi perkahwinan akan diadakan pada esok hari, bertempat di venue yang sama. 

Tahniah untuk pasangan pengantin Anita Baharom dengan Engku Isyamuddin, semoga perkahwinan kekal bahagia hingga ke Jannah. - Getaran, 22 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved