Anjing Kejar Kereta Tuan Selepas Ditinggalkan Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak [Video]

Cars
27 Jun 2024 • 3:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Selain bersifat manja, anjing juga merupakan antara haiwan yang setia terhadap tuannya selain boleh mengikuti segala arahan yang diberikan.

Tidak hanya itu, deria bau dan ingatan anjing juga sangat kuat, maka tidak hairanlah jika haiwan itu boleh mengenali tuannya meskipun telah lama berpisah.

Tular anjing kejar kereta tuannya selepas dibuang di tepi jalan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seekor anjing mengejar sebuah kenderaan dipercayai dipandu tuannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ricxxxkiddo, anjing berwarna putih dengan tompok hitam itu didakwa telah dibuang oleh tuannya.

“Sedihnya tengok anjing itu kejar tuan dia,” ciapnya ringkas.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan anjing berkenaan sedaya upaya cuba mengejar kereta jenis Toyota Hilux didakwa dipandu oleh tuannya.

Anjing terpaksa lihat kereta tuan berlalu pergi selepas penat berlari

Bagaimanapun, setibanya di sebuah persimpangan jalan, anjing terbabit dilihat sudah tidak lagi berdaya untuk mengejar kenderaan terbabit yang semakin jauh lalu berhenti dan hanya melihat kereta itu berlalu pergi.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku di sebuah jalan raya di Alam Impian, Shah Alam, Selangor pada baru-baru ini.

“Siapa-siapa ada nampak anjing ini di Alam Impian Shah Alam tolong bagitahu saya orang itu buang anjing macam itu je kesian dia,” tulis di dalam video.

Tak pasti dibuang atau tertinggal

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada anjing berkenaan sememangnya dibuang ataupun tertinggal di kawasan terbabit.

Tidak mustahil tuannya tidak menyedari bahawa haiwan peliharaannya itu belum dimasukkan ke dalam kereta.

Ramai sebak lihat anjing terbabit kejar tuannya

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat tindakan anjing berkenaan yang mengejar tuannya itu.

Malah, ada juga segelintir orang yang mengecam tindakan tuan kepada anjing tersebut kerana tidak mempunyai sifat belas kasihan selain tergamak meninggalkannya begitu sahaja di tepi jalan.

Ada juga yang mendoakan agar anjing tersebut ditemukan dengan tuan yang baharu yang mampu menjaganya dengan penuh kasih sayang.