Anju Nafi Berbaik Semula Dengan Bekas Tunang – “Cincin & Bunga Tu Orang Lain Bagi, Bukan Dia”

Entertainment
3 Mar 2023 • 3:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pelakon dan pempengaruh media sosial Zarina Anjoulie memuat naik sekeping foto memaparkan sebentuk cincin yang disarung pada jarinya bersama sekuntum bunga mawar merah.

Menerusi hantaran yang di muat naik di TikTok Story itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju telah mengundang tanda tanya orang ramai yang mendakwa dia dan bekas tunang sudah kembali berbaik semula.

Tampil memberi respon, pelakon berusia 35 tahun itu menafikan dia kembali menjalin hubungan dengan bekas tunang, Datuk Khazrul Elzey.

Menurut Anju, bunga mawar merah yang diterima itu bukanlah pemberian daripada bekas tunangnya tetapi diberikan oleh individu lain.

Saya nak buat penjelasan, viral kononnya saya kembali bersama bekas tunang. Berita itu sama sekali tak benar sebab kami hanya berkawan.

Ini rentetan gambar cincin dan bunga yang dimuat naik oleh saya tapi sebenarnya dihadiahkan oleh orang lain, bukan dia.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu memaklumkan dia dan bekas tunangnya masih lagi berkawan dan dilayan baik oleh Khazrul.

Tak semestinya putus tidak boleh berkawan. Tak semestinya jika putus akan kembali bersama.

Dalam pada itu, Anju berkata mereka berdua juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing selepas berpisah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 15 jam lalu

'Upload' Gambar Cincin & Bunga, Zarina Anjoulie Dah Berbaik Semula Dengan Bekas Tunang?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved