Anjur pesta minum arak, parti buih pada malam tahun baharu

LocalPolitics
1 Jan 2025 • 10:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JAINJ menahan sembilan individu beragama Islam di sebuah hotel di Johor Bharu, yang menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu. - Foto JAINJ

image is not available
JAINJ menahan sembilan individu beragama Islam di sebuah hotel di Johor Bharu, yang menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu. - Foto JAINJ

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sembilan individu beragama Islam di sebuah hotel di sini, yang menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

Exco Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan pemeriksaan itu dilakukan dalam sebuah kafe di hotel berkenaan selepas mendapat aduan awam.

Jelas beliau, operasi bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi Rabu, itu membabitkan 11 pegawai dan anggota JAINJ serta enam kakitangan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

“Pemeriksaan mendapati hotel tersebut menyediakan ruang untuk menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

“Dalam operasi tersebut seramai 29 individu muslim diperiksa. Mereka terdiri daripada pekerja dan pengunjung dalam premis tersebut semasa pemeriksaan dilakukan.

“Sembilan daripada didapati positif alkohol yang terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, mereka yang ditahan positif minuman keras itu melibatkan lima warga tempatan dan empat warganegara Indonesia.

Beliau berkata, kertas siasatan bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 dibuka kerana minum minuman yang memabukkan.

Mohd Fared memberitahu, enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved