Anjur program jualan murah, PKPS buka permohonan dalam talian

10 Jun 2024 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 10 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuka permohonan penganjuran jualan murah barangan asas secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pihak yang berminat menganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) boleh memohon menerusi pautan https://forms.gle/3xE6acRZRv17X2zT6 atau mengimbas kod QR poster di bawah.

Pada 15 Januari, Pengurus Besar Sektor Perniagaan dan Pemasaran PKPS Rosnani Abd Malik berkata permohonan boleh dibuat melalui pelbagai pihak antaranya wakil rakyat, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan, ahli majlis atau jabatan kerajaan.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved