Anker Akan Membuka Kedai Mercu Pertama Mereka Di Malaysia Sekitar Suku Kedua 2026

LocalTechnology
16 Dec 2025 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker, jenama aksesori komputer dan peranti pintar yang terkemuka dari China hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka kedai mercu pertama mereka di Malaysia pada suku kedua 2026.

image is not available

Menurut pihak Anker Malaysia, kedai ini akan dibuka pada sekitar suku kedua tahun 2026, dan akan merumahkan kesemua penawaran produk-produk Anker, termasuklah siri Anker Prime, Anker Zolo, Anker Nano, Anker Soundcore dan eufy yang ditawarkan di pasaran Malaysia.

Buat masa ini, lokasi kedai tersebut masih belum diumumkan lagi dan akan diumumkan apabila ia sedia untuk dibuka kelak, tetapi akan dibuka di kawasan Kuala Lumpur.

image is not available

Selain daripada jualan produk-produk Anker dan eufy, kedai mercu ini juga akan beroperasi sebagai pusat servis untuk produk-produk Anker yang perlu diperbaiki ataupun ditukar. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk-produk yang ditawarkan oleh Anker Malaysia, anda boleh melayari laman web mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved