Anker Innovations hari ini melancarkan vakum pembersih nirwayar baharu iaitu MACH V1 Ultra untuk pasaran Malaysia. Ia didatangkan dengan rekaan serba moden, yang juga boleh berfungsi sebagai mop wap untuk membersih kotoran degil di lantai dengan lebih efisien.


Motor yang disediakan mampu menawarkan kuasa sedutan sehingga 16,800Pa untuk pembersihan yang mendalam. Teknologi pembatalan bunyi disertakan pula membolehkan vakumm pembersih ini beroperasi dengan senyap tanpa gangguan.


Selain itu vakum pembersih ini juga menggunakan teknologi SteamWave yang terlebih dahulu melarutkan kotoran menggunakan wap dengan suhu mencapai 110 darjah, seterusnya membersih permukaan dengan sebaiknya. Ia juga mempunyai kebolehan menjeda pengeluaran wap secara automatik setiap kali vakuum diangkat daripada lantai.


Pengalaman bertambah baik dengan gabungan teknologi Eco Clean Ozone Disinfection dan Tesla Valve Mixing. Ia bukan sahaja digunakan untuk proses memusnahkan bakteria pada lantai. Malahan turut boleh membersihkan vakuum pembersih ini sendiri, termasuklah bahagian berus.


Turut disertakan adalah ciri JetBlade Anti-Slip yang boleh mengeringkan mop, serta memaksimumkan risiko tergelincir pada permukaan lantai kayu keras.
Seterusnya Triple Self-Clean System pula membolehkan vakum pembersih menawarkan sehingga tiga kali ganda tahap membersih, membasmi dan mengering dengan lebih baik.


Bateri disertakan juga diiklankan mampu bertahan lama sehingga 82 minit penggunaan dengan sekali pengecasan. Anda yang berminat boleh mendapatkan vakuum pembersih Anker MACH V1 Ultra ini dengan harga jualan RM4,399 dengan waranti selama dua tahun yang disertakan bersama.

