Anker Solix adalah powerbank untuk kuasakan rumah diwaktu kecemasan

15 Jun 2023 • 2:50 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anker dilihat memperluas sayap penawaran produk mereka kepada sektor tenaga solar untuk kediaman. Di bawah jenama Solix, Anker telah memperkenalkan sistem solar yang dilengkapi bateri dan mampu menampung keperluan tenaga sesebuah kediaman tanpa memerlukan rumah bersambung dengan grid nasional. Anda boleh anggap ini adalah powerbank tapi untuk rumah.

image is not available

Seperti sistem solar yang lain, Solix terdiri daripada panel solar yang tugasnya menukar tenaga suria kepada tenaga elektrik diikuti dengan pek kuasa yang akan menyimpan tenaga untuk digunakan kemudian. Kelebihan solusi Solix adalah pek kuasa boleh diskalanaikkan kapasiti tenaganya pada serendah 5kWh hinggalah 180kWh.

image is not available

Sistem Solix boleh dipantau melalaui telefon pintar yang jadikannya lebih mesra pengguna.

image is not available

Anker tidak pula berkongsikan berapakah kos untuk sistem ini dipasang. Namun, berdasarkan produk mereka yang sedia ada, kita boleh simpulkan yang ia tidak murah. Misalnya, Anker SOLIX F2000, pek kuasa bergerak 2.05kWh sahaja sudah pencecah USD1,999 (RM9,261) tidak termasuk panel pengecasnya yang perlu dibeli berasingan pada harga serendah USD2,899 (RM13,431).

image is not available

Kalau anda menggunakan sistem solar di Malaysia, ada satu insentif yang boleh anda sertai untuk mengurangkan perbelanjaan tenaga elektrik anda. Program Net Energy Metering (NEM) yang dianjurkan SEDA Malaysia menawarkan kredit kepada lebihan tenaga solar yang dijana pengguna.

Maklumat lanjut tentang NEM boleh dirujuk melalui pautan ini.

Sumber: Anker Solix