Anker Soundcore Liberty 4 Pro Tampil Dengan Audio Dan Kualiti Premium Pada Harga RM699

TechnologyDigital
7 Nov 2024 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker, jenama aksesori peranti pintar terkemuka hari ini telah memperkenalkan salah satu daripada penawaran audio terbaru mereka, Anker Soundcore Liberty 4 Pro untuk pasaran tempatan.

image is not available

Fon telinga TWS ini hadir dengan sistem Adaptive Active Noise Cancelling 3.0 yang menggunakan enam buah mikrofon terbina untuk menangkap dan mengasingkan bunyi di sekeliling kepala pengguna dan meningkatkan prestasi fon telinga ini. Sistem AANC 3.0 ini dikatakan mampu mengubah kadar pembatalan bunyi hingar sebanyak tiga kali dalam satu saat untuk pengalamanan mendengar audio yang terbaik.

image is not available

Anker Soundcore Liberty 4 Pro juga merupakan fon telinga TWS pertama mereka yang hadir dengan paparan skrin terbina pada rangka fon telinga yang memperlihatkan tetapan fon telinga dan boleh dimanfaatkan untuk mengubahsuai tetapan seperti pembatalan bunyi hingar dengan cepat dan mudah.

Bahagian fon telinga Soundcore Liberty 4 Pro ini merumahkan pemandu audio 4.6mm dan woofer 10.5mm dan hadir dengan sokongan LDAC untuk penstriman audio dengan kualiti yang terbaik di pasaran. Bercakap mengenai penstriman audio, Soundcore Liberty 4 Pro ini boleh dimainkan selama 10 jam dan 40 jam apabila digabungkan dengan rangka pengecasan apabila tidak menggunakan ciri ANC.

image is not available

Dengan ciri ANC terbina, fon telinga ini hadir dengan jangkahayat selama 7.5 jam dan 30 jam apabila digabungkan dengan rangka pengecasan. Ia juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas, dimana lima minit pengecasan membolehkan anda menggunakan fon telinga ini selama empat jam.

Fon telinga ini juga boleh menggunakan aplikasi Soundcore yang bukan sahaja merumahkan profil pendengaran untuk genre lagu ataupun corak pendengaran berbeza, dan juga mempunyai equalizer yang membolehkan anda mengubahsuai kualiti output audio untuk pengalaman pendengaran yang unik kepada anda sahaja.

image is not available

Anker Soundcore Liberty 4 Pro tampil dengan pilihan warna hitam, putih, biru terang dan hijau, dan akan mula dijual bermula 1 Disember ini pada harga RM699.

View Original Article