Ann Joo peroleh kelulusan pemegang saham jual 100% ekuiti dalam Ann Joo Steel bernilai RM290 juta

LocalBusiness & Finance
7 Sep 2026 • 2:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ann Joo peroleh kelulusan pemegang saham jual 100% ekuiti dalam Ann Joo Steel bernilai RM290 juta Image from: Ann Joo peroleh kelulusan pemegang saham jual 100% ekuiti dalam Ann Joo Steel bernilai RM290 juta amree07/09/2026 - 14:55 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 SeptAnn Joo Resources Berhad memperoleh kelulusan pemegang saham bagi pelupusan 100% kepentingannya dalam Ann Joo Steel Berhad (AJSB) kepada Green Esteel Pte Ltd dengan nilai RM290 juta, langkah yang dijangka memberi keuntungan sekitar RM98.4 juta kepada kumpulan.

 

Kelulusan itu dicapai ketika Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan tersebut di Wisma Ann Joo, Petaling Jaya, Selangor pada 4 September 2026 menerusi undian secara pungutan suara, dengan resolusi berkenaan diluluskan hampir sebulat suara oleh majoriti besar pemegang saham.

 

Berdasarkan keputusan pengundian disahkan Sky Corporate Services Sdn Bhd selaku firma penilaian bebas, seramai 69 pemegang saham mewakili 453 juta saham atau 99.9997% undi menyokong usul itu, manakala hanya empat individu dengan 1,400 saham atau 0.0003% menentangnya.

 

"Langkah pelupusan tersebut melibatkan keseluruhan 612,993,535 juta saham biasa dalam AJSB, iaitu anak syarikat milik penuh kumpulan ini, kepada Green Esteel," jelas Ann Joo menerusi maklumannya kepada Bursa Malaysia.

 

Nilai pertimbangan sebanyak RM290 juta akan dibayar sepenuhnya secara tunai, sekali gus memberikan kumpulan berkenaan dengan aliran tunai daripada pelupusan aset tersebut selepas transaksi berjaya dimuktamadkan.

 

Cadangan pelupusan itu sebelum ini dijangka menghasilkan keuntungan kira-kira RM98.4 juta, selain membolehkan kumpulan berkenaan dapat menyusun semula portfolio perniagaan dan kedudukan kewangannya.

 

Ann Joo Steel_DagangNews2026

 

Kelulusan pemegang saham pada EGM menjadi perkembangan penting bagi Ann Joo kerana transaksi tersebut kini mendapat mandat rasmi untuk diteruskan selepas cadangan pelupusan dibentangkan kepada mereka sendiri.

 

"Pelupusan AJSB turut menjadi perhatian memandangkan ia melibatkan aset dalam perniagaan keluli Ann Joo, sekali gus berpotensi mengubah komposisi operasi dan sumber pendapatan kumpulan selepas penyelesaian transaksi," katanya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Ann Joo sebelum ini memaklumkan cadangan transaksi itu sebagai sebahagian daripada langkah strategik kumpulan untuk mengoptimumkan nilai aset serta memperkukuh kedudukan kewangan.

 

Keputusan EGM itu juga memberikan gambaran jelas bahawa majoriti pemegang saham menyokong langkah pengurusan untuk merealisasikan nilai daripada pegangan kumpulan dalam AJSB melalui pertimbangan tunai RM290 juta.

 

Dengan resolusi berkenaan diluluskan, perhatian seterusnya akan terarah kepada penyempurnaan transaksi pelupusan AJSB kepada Green Esteel serta bagaimana hasil tunai dan keuntungan daripada urus niaga itu akan dimanfaatkan bagi menyokong hala tuju perniagaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved