Anna’s Archive Disaman Syarikat Muzik Kerana Melakukan Sandaran Muzik Secara Haram

WorldMusic
21 Jan 2026 • 3:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kumpulan aktivis cetak rompak Anna’s Archive melakukan “sandaran” data 86 juta lagu daripada Spotify sebesar 300TB pada penghujung 2025. Kerana sandaran dilakukan secara haram, Anna’s Archive telah disaman oleh syarikat muzik Sony Music, Warner Music Group, dan Universal Music Group.

image is not available

Syarikat muzik utama dunia ini menuduh Anna’s Archive melakukan pelanggaran hak cipta langsung, pelanggaran kontrak, melanggar Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer, dan melanggar Akta Hak Cipta Milenium Digital.

Saman itu mengatakan Anna’s Archive didakwa menerima pembayaran, berurus niaga dan terlibat dalam pengedaran karya berhak cipta tanpa kebenaran kerana meminta bayaran antara $2-$100 sebulan untuk memuat turun fail dengan pantas.

Tujuan asal Anna’s Archive melakukan sandaran ialah untuk memastikan ia kekal untuk pengguna di masa depan memandangkan tidak semua muzik di Spotify wujud dalam bentuk fizikal. Sekiranya Spotify menghentikan operasi esok, muzik yang tidak popular serta tidak mempunyai versi fizikal akan hilang selama-lamanya.