Annuar Musa dakwa pengaruh PAS makin terserlah, peraga politik matang

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 4:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang baru dilantik, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sebagai bukti pengaruh PAS makin terserlah dalam politik negara.

Pengaruh PAS makin terserlah dalam politik negara

Menerusi hantaran beliau di Facebook, Annuar menyatakan Muktamar PAS tempoh hari berjalan dengan tertib dengan mesej jelas.

“Alhamdulillah Muktamar PAS telah melabuhkan tirainya bersama pemilihan dan pelantikan saf pimpinan sesi 2025-2027. Ia berlangsung penuh tertib dengan mesej yang padu dan jelas.

“Buat pertama kali dalam sejarah, Muktamar PAS menjadi tarikan dan mendapat perhatian umum yang begitu hebat daripada semua pihak,” katanya.

image is not available

Dakwa pengaruh PAS makin terserlah, pemilikhan tak dilambung emosi

Menurut beliau, meskipun ada beberapa reaksi daripada perwakilan terhadap isu luaran, fokus PAS tidak lari daripada ucapan dasar Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menekankan keyakinan pada dasar Islam sebagai jalan penyelesaian serta kesediaan parti memimpin.

“PAS memilih cara yang cermat serta bijaksana serta tidak dilambung emosi, malah Presiden mengingatkan jangan ghairah dengan jawatan kelak nanti ‘tersungkur’,” ujarnya.

image is not available

Peragakan politik matang katanya

Annuar menyatakan PAS mengutamakan penyatuan Melayu dan Islam tanpa meminggirkan kaum serta agama lain.

Malah ujarnya, Pas menjamin hak dan kebebasan beragama bagi bukan Islam tetap terpelihara sekiranya parti itu memegang kuasa.

“Pas juga memperagakan politik matang dengan terus menerus memberi komitmen pada muafakat politik melalui taawun dan taayush bersama Perikatan Nasional,” jelasnya.

image is not available

Beliau menambah, PAS turut menolak sikap ekstrem dan perkauman, sebaliknya menekankan kesederhanaan serta keterbukaan bekerjasama dengan mana-mana pihak.

Malah, katanya, PRU16 dijangka menyaksikan terbentuknya permuafakatan nasional yang lebih besar sekali gus menamatkan ketidakstabilan politik yang berpanjangan.

Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa