Annuar Musa pakai serba hijau lambang sertai Pas

Politics
18 May 2023 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar Facebook Annuar pada Khamis.

SHAH ALAM - Tan Sri Annuar Musa dilihat mengenakan pakaian berwarna hijau dipercayai melambangkan penyertaannya dalam parti Pas.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis, bekas Setiausaha Agung UMNO itu turut menyamakan kehidupan seperti sebuah perjalanan.

"Semoga hari ini menjadi permulaan kepada hari-hari yang lebih baik buat semua.

"Kehidupan adalah sebuah perjalanan. la tetap berliku namun mereka yang tabah dan sabar akan jadikan setiap langkah sebagai dorongan ke arah kecemerlangan dan kejayaan, Insya-ALLAH," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu merupakan antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai Pas.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan pengumuman penerimaan keahlian tokoh-tokoh politik berkenaan dijangka dibuat penghujung bulan ini.

Takiyuddin turut memaklumkan kesemua bekas pimpinan UMNO terbabit akan dipertimbangkan untuk diberikan tempat sekiranya mereka menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved