

Anta Membawa Konsep Anta Superstore Ke Malaysia
KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2024 – Tandakan kalendar anda! ANTA Malaysia bersedia untuk memperkenalkan kedai ANTA SUPERSTORE pertamanya di pusat beli-belah 1 Utama pada 6 November 2024. Kedai utama ini menyediakan produk berprestasi tinggi dan gaya yang tiada tandingan dalam satu ruang yang luas, khas untuk penggemar kecergasan, para atlet, dan pengguna yang mementingkan gaya.
Mengambil ruang seluas 6,300 kaki persegi, ANTA SUPERSTORE menampilkan pelbagai koleksi terkini ANTA termasuk pakaian sukan berprestasi tinggi, aksesori, pakaian gaya hidup dan produk hasil kolaborasi eksklusif. Daripada bahan cepat kering dan kemeja-T grafik yang bergaya, kepada fabrik penyejuk yang sesuai dengan iklim Malaysia, ANTA SUPERSTORE merangkumi dedikasi ANTA untuk menggabungkan inovasi, prestasi dan gaya untuk gaya hidup cergas dan kasual.
Puan Pang Sook Fong, Pengurus Besar ANTA Malaysia, menekankan bahawa kedai ANTA SUPERSTORE yang baharu ini mewakili komitmen ANTA untuk memudahkan akses kepada pakaian sukan dan gaya hidup berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur.

“Kami memahami permintaan yang semakin meningkat untuk akses kepada pakaian sukan yang berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Dengan kedai baharu ini, kami menyasarkan untuk menjangkau lebih ramai bakal pelanggan sambil terus menyampaikan peralatan dan pakaian berkualiti ANTA,” kata Puan Sook Fong.
“Kedai ANTA SUPERSTORE ini memperkenalkan pakaian mampu milik yang dipacu prestasi kepada pengguna kami untuk menggalakkan mereka untuk menerima fesyen sukan dan harian tanpa menjejaskan gaya atau bajet. Rangkaian luas yang tersedia telah direka untuk dinikmati oleh semua. Ini mencerminkan misi kami untuk menyediakan pilihan yang pelbagai pada nilai yang terhebat untuk pengguna Malaysia.”
Dilengkapi dengan bahan mesra alam dan pelindung UV, koleksi kedai utama ini memastikan keselesaan dan ketahanan yang sesuai dengan iklim Malaysia. Sama ada anda seorang atlet, peminat kecergasan atau sekadar pembeli kasual, ANTA SUPERSTORE menawarkan pilihan yang pelbagai di bawah satu bumbung.

“Untuk masa yang akan datang, kami sangat teruja untuk mengembangkan jejak kami di seluruh Malaysia dengan mendirikan lebih banyak kedai yang menawarkan pengalaman inovatif dan holistik dalam fesyen sukan dan gaya hidup. Matlamat kami adalah untuk menginspirasikan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif sambil mengikuti trend terkini.”
Untuk meraikan pembukaan besar-besarannya, ANTA SUPERSTORE melancarkan promosi eksklusif dan peluang untuk mendapatkan hadiah dengan pembelian! Pembeli boleh mendapatkan hadiah dengan perbelanjaan minimum RM499 sampai stok habis.
ANTA SUPERSTORE terletak di Lot LG 306, 1 Utama Shopping Centre. Untuk maklumat dan promosi terkini, sila layari my.anta.com atau ikuti @antamalaysia di Instagram dan @ANTAMalaysiaOfficial di Facebook.
The post Anta Membawa Konsep Anta Superstore Ke Malaysia appeared first on Siakap Keli.




