Antara 124 orang semasa operasi Imigresen di Sandakan 3 majikan warga Malaysia ditahan

LocalPolitics
4 Oct 2024 • 5:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seramai 219 individu diperiksa, dengan 121 pendatang tanpa izin (PTI) disyaki dan tiga majikan warga Malaysia ditahan, semasa operasi penguatkuasaan imigresen yang dijalankan 64 pegawai Imigresen Sabah di sini, pada Rabu dan Khamis.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, 121 tahanan itu termasuk 116 warga Filipina dengan 40 lelaki dewasa, 34 wanita, 24 kanak-kanak lelaki dan 18 kanak-kanak perempuan, serta lima warga Indonesia iaitu empat lelaki dewasa dan seorang wanita.

Selain itu, beliau berkata tiga warganegara Malaysia, termasuk dua lelaki dewasa dan seorang wanita, dipercayai majikan juga ditahan.

“Semua tahanan, berumur antara antara 12 bulan hingga 65 tahun, ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Sandakan untuk siasatan dan tindakan susulan.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Mereka melakukan kesalahan termasuk tiada dokumen pengenalan diri di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa.

“Selain itu, beberapa warga Malaysia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja satu atau lebih orang bukan warganegara atau pemegang pas yang sah,” kata Jafri.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus melakukan tinjauan di Depot Tahanan Imigresen Sandakan di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof.

Jafri berkata, semasa operasi itu, ada kalangan warga asing berkenaan cuba melarikan diri, tetapi keadaan terkawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Dalam perkembangan lain, mengenai depot tahanan di seluruh negara, Jafri berkata ia akan sentiasa ditambahbaik dari masa ke masa.

Mengenai statistik penguatkuasaan JIM Sabah, sehingga 30 September tahun ini, sebanyak 1,197 operasi dijalankan dengan 23,692 orang diperiksa dan 4,324 ditangkap, selain 34 majikan didakwa.

“Operasi penguatkuasaan seumpama akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” jelasnya.

Jafri berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi PTI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Jelasnya, fokus JIM adalah melaksanakan operasi setiap hari selain memantau majikan yang gagal mematuhi undang-undang berkaitan.

“Adanya permintaan untuk menggaji PTI menyebabkan mereka sering diambil sebagai pekerja tanpa mengikut perundangan yang betul,” katanya.

Jafri menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PTI atau sebarang maklumat berkaitan digalakkan untuk tampil menyalurkan maklumat tersebut bagi membantu usaha penguatkuasaan Jabatan Imigresen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.