Antara Dua Darjat, Ini Perbezaan Layanan Rakyat Malaysia Terhadap Mat Salleh Dan Warga Nepal

11 Oct 2022 • 7:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rakyat Malaysia taksub orang barat

Antara Dua Darjat, Ini Perbezaan Layanan Rakyat Malaysia Terhadap Mat Salleh Dan Warga Nepal. Rakyat Malaysia cukup terkenal dengan sikapnya yang peramah dan sopan santun, bahkan keindahan dan kekayaan budaya di negara ini juga menarik minat orang luar untuk bertandang ke tanah air tercinta ini.

Tidak kiralah sama ada orang luar itu merujuk kepada pelancong mahupun insan yang ingin berhijrah ke negara ini untuk mencari rezeki, orang ‘kita’ tidak akan kering gusi mengalu-alukan kedatangan mereka dengan kalimat ‘selamat datang ke Malaysia’.

Namun, di negara yang serba ‘harmoni’ ini pasti ada segelintir manusia tidak senang dengan kedatangan orang luar yang dikatakan datang dari ‘negara mundur’ namun bila sebut sahaja ‘mat salleh‘ pasti ada yang terlebih bangga pula.

image is not available
Antara Dua Darjat, Ini Perbezaan Layanan Rakyat Malaysia Terhadap Mat Salleh Dan Warga Nepal

Layanan berbeza antara Mat Salleh dan warga Nepal

Terdahulu, tular di Twitter apabila pengguna @BigIdeasMy telah berkongsi sebuah video untuk melihat perbandingan di ruangan balas yang diberikan oleh netizen Malaysia di media sosial pelancong barat dan negara lain.

Perkongsian itu telah mendapat reaksi orang ramai di mana segelintir netizen Malaysia sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong barat berbanding pelancong yang datang dari Nepal yang rata-rata memberi maklum balas berbaur sindiran dan rasis.

image is not available

image is not available

image is not available

Sememangnya layanan ‘double standard’ ini telah diamalkan oleh segelintir rakyat Malaysia di mana mereka mengagung-agungkan kedatangan pelancong barat disebabkan warna kulit mereka walhal yang berkulit gelap dipandang hina dan keji.

Justeru, tidak semua di antara rakyat Malaysia bersikap taksub kepada pelancong barat dan sememangnya sikap ‘double standard’ ini patut dibuang kerana setiap orang di dunia ini berhak menerima layanan sama rata tak kira warna kulit, kaum dan agama.

Lagi cerita menarik di sini: