Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple akan memberi nafas baharu kepada aplikasi Apple TV agar ia boleh menjadi hab penstriman. Kemas kini baharu ini akan membuang bahagian sewa dan beli kandungan. Selain itu, Apple turut akan menggabungkan pelbagai platform penstriman lain dan kebolehan melanggan saluran khas pada aplikasi ini.

Terbaru, Apple telah memperkenalkan tvOS 17.2 Beta 1 untuk para pembangun. Kemas kini ini telah memperlihatkan antaramuka baharu pada Apple TV dengan rekaan mirip Netflix. Pertama adalah palang sisi yang membenarkan pengguna memilih kategori kandungan seperti daripada Apple TV+, langganan pas MLS, langganan saluran atau platform penstriman lain.

Kemudian terdapat kategori baharu iaitu My TV yang merupakan bahagian di mana platform penstriman lain boleh diakses. Mana-mana platform penstriman pihak ketiga terpasang yang disokong Apple akan dipaparkan di bahagian ini. Pengguna turut boleh melanggan saluran seperti MGM+, AMC+ dan lain-lain (terhad di pasaran terpilih) di bahagian ini untuk menonton kandungan yang tidak ditawarkan oleh Apple.
tvOS 17.2 developer beta is out, and with it comes our first look at the new @AppleTV app navigation… pic.twitter.com/GQ44ABtFLd
- Sumber
