Antaramuka HarmonyOS 3.0 Diperlihatkan Oleh CEO Huawei

TechnologyDigital
26 Jul 2022 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei akan melancarkan sistem operasi HarmonyOS 3.0 mereka di peringkat global esok. Setakat ini hanya beberapa tangkapan layar telah dikongsikan oleh Huawei kepada umum. Tetapi semalam CEO perniagaan peranti mudah alih Huawei Richard Yu telah berkongsi antaramuka HarmonyOS 3.0 dalam bentuk video.

Perkara baharu yang dapat dilihat ialah widget boleh disusun bertingkat dengan ia dengan mudah boleh diubah aturannya dengan menggerakkan kad mengikut kepentingan. Aplikasi yang dikumpulkan sekali turut boleh diletakkan dalam folder berbentuk segi empat tepat yang tidak ditawarkan sebelum ini. Beberapa animasi baharu apabila berinteraksi dengan ikon pintasan pantas turut diperlihatkan.

Perubahan lebih besar HarmonyOS 3.0 akan diketahui esok dengan Huawei ingin menghasilkan sistem operasi yang tersendiri jauh daripada zaman mereka masih bergantung sepenuhnya kepada Google.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved