Antaramuka Liquid Glass Pada Android Diacah Sempena The Android Show Pada 12 Mei

TechnologyDigital
6 May 2026 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adalah Android juga akan memasuki era antaramuka lutsinar seperti Liquid Glass pada peranti Apple. Ini seakan telahpun disahkan oleh Google sendiri menerusi video yang dikongsi sempena The Android Show | I/O Edition yang akan diadakan pada 12 Mei depan.

Image from: Antaramuka Liquid Glass Pada Android Diacah Sempena The Android Show Pada 12 Mei

Acara ini akan berlangsung sebelum Google I/O dengan ia akan menunjukkan pelbagai ciri baharu yang akan diperkenalkan menerusi kemas kini Android 17 kelak. Maskot Android The Bot berubah warna daripada hijau menjadi lutsinar dalam video yang dikongsi.

Android 17 telahpun menjalani tiga pusingan ujian Beta dan kini semakin hampir untuk dilancarkan secara rasmi di Google I/O nanti. Setakat ini antara yang telah didedahkan ialah sokongan fungsi Tap Share seakan pada iPhone, kawalan penggunaan RAM oleh aplikasi, pemetaan semula butang kawalan permua dan menjadi sistem operasi lebih responsif.

— Android (@Android) May 5, 2026
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved