Antaramuka Threads Seakan Tweetdeck Diaktifkan Untuk Semua

TechnologyDigital
31 May 2024 • 8:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads hari ini mula mengaktifkan antaramuka seakan Tweedeck pada pengguna versi web. Sebelum ini ia sekadar boleh diuji oleh sebilangan kecil pengguna sahaja di peringkat global. Kami sudahpun menerimanya pagi ini dan ia memang amat menyerupai antaramuka Tweetdeck asal.

image is not available

Pengguna boleh memilih untuk memaparkan susur masa, Like, mesej yang disimpan, Mention, Quotes dan banyak lagi dengan menekan ikon pin yang terletak di baris paling kiri di skrin. Dengan antaramuka yang lebih besar ini, tugas menguruskan akaun media sosial terus dari pelayar web akan menjadi lebih murah. Malahan boleh kami katakan ianya lebih cantik jika dibandingkan dengan antaramuka X Pro (nama baharu Tweetdeck) yang digunakan oleh X sekarang.