Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkemungkinan besar akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam prosiding berkaitan kelewatan pemasangan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), umum Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Selain itu, PAC juga memberi perhatian terhadap isu kerugian sebanyak RM500 juta yang dialami Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penyahsenaraian MAHB & Harga Tiket Turut Dibincangkan

image is not available

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, siasatan turut meliputi aspek lain seperti penyahsenaraian MAHB daripada Bursa Malaysia oleh konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diketuai Khazanah Nasional. Selain itu, isu harga tiket penerbangan yang semakin meningkat juga akan diberi perhatian dalam prosiding ini.

PAC telah menyusun senarai pihak yang akan dipanggil bagi memberikan keterangan menjelang minggu kedua Februari, dengan lebih ramai individu dan organisasi terlibat dalam proses ini.

Proses Prosiding Dijangka Ambil Masa Panjang

image is not available

Mas Ermieyati menjelaskan bahawa PAC telah menyediakan terma rujukan yang telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa. Prosiding ini dijangka mengambil masa yang agak panjang memandangkan banyak isu rakyat yang perlu diteliti, termasuk memanggil saksi-saksi untuk memberikan keterangan.

“Saya tidak menolak Menteri (Anthony Loke) untuk datang prosiding PAC jadi sesiapa yang kita rasa kita perlu panggil perlu datang,” katanya.

Sumber: Kosmo