Anthony akan jumpa pengurusan TBS, KTMB

15 Dec 2022 • 10:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony ketika meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan, pada Khamis. - Foto Facebook Anthony Loke

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membincangkan kesiapsiagaan menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anthony juga memaklumkan akan berjumpa dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam masa terdekat untuk membincangkan cara menambah baik dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter.

Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaik taraf landasan KVDT1 (Landasan Berkembar Lembah Kelang Fasa 1) yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala," katanya.

Petang Khamis, beliau meninjau perkhidmatan KTM komuter dan keadaan di TBS dengan mengambil tren dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantunya.

Tinjauan itu diadakan susulan banyak maklum balas diterima daripada media sosial berhubung perkhidmatan komuter dan masalah mencetak pas masuk bas di TBS. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved