Anthony Loke letak jawatan? PM Anwar belum sempat bincang, mahu jumpa dengar penjelasan

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 7:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Loke sudah memaklumkan kepadanya mengenai hasrat untuk mengemukakan surat berkenaan selain mahu mengadakan perbincangan dengannya.

Menurut Anwar, beliau mahu mendengar sendiri penjelasan dan pandangan Loke terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

“Saya belum sempat bincang apa-apa lagi. Saya kena dengar pandangan dia. Saya faham sebab dia ini orang yang ada prinsip dan dia memang daripada awal konsisten bantah peraturan yang boleh beri gambaran seolah-olah kita ini lemah atau longgar terhadap amalan rasuah.
“Jadi lebih baiklah saya jumpa dia, dengar pandangan dia dan itu baru saya boleh bagi keputusan,” katanya, hari ini.
Image from: Anthony Loke letak jawatan? PM Anwar belum sempat bincang, mahu jumpa dengar penjelasan

Kredit Foto: Yusof Mat Isa/ Malay Mail

Anwar berkata, pertemuan dengan Loke mungkin hanya berlangsung selepas Menteri Pengangkutan itu selesai melakukan lawatan ke Shanghai.

Ditanya sama ada perkembangan berkenaan akan membawa kepada rombakan Kabinet, Anwar hanya menjawab ringkas, “Satu-satulah.”

Image from: Anthony Loke letak jawatan? PM Anwar belum sempat bincang, mahu jumpa dengar penjelasan

Terdahulu, Loke menawarkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dengan bersyarat.

Loke berkata, beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, keputusan berkenaan hanya melibatkan dirinya sebagai anggota Jemaah Menteri.

Sumber: Astro Awani
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved