Anthony Loke: Naik taraf sistem LRT akan diberi keutamaan tertinggi jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan

LocalPolitics
9 Nov 2022 • 4:40 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu sistem pengangkutan awam, LRT, kini menghadapi kegendalaan antara yang terburuk dalam sejarahnya. Sebanyak 16 stesen yang berada dalam Laluan Kelana Jaya dihentikan operasi selama 6 hari. Rentetan kejadian itu, bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan yang naik taraf keseluruhan sistem aliran ringan akan jadi keutamaan tertinggi Pakatan Harapan sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Malaysia dalam PRU15.

Menurut Anthony, sistem LRT di Lembah Klang mengangkut lebih 300 ribu penumpang setiap hari dan pengguna memerlukan sistem pengangkutan yang selamat dan boleh diharapkan.

image is not available

Setiausaha agung DAP itu mengatakan yang Laluan Kelana Jaya bergantung kepada sistem komputer sepenuhnya untuk beroperasi dan sistem tersebut mengalami masalah buat masa ini. Makanya, proses pemulihan perlu diberikan keutamaan, sama ada membaikinya ataupun menggunakan sistem baharu sepenuhnya.

image is not available

Sewaktu artikel ini ditulis, penyandang Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan masalah yang melanda Laluan Kelana Jaya itu. Disebabkan itu, netizen mula menyatakan ketakpuasan hati mereka di platform sosial.

Pengendali Rapid KL, Prasarana, telah mengadakan sidang media tentang masalah itu, namun tiada apa yang positif dikongsikan. CEO-nya Mohd Azharuddin Mat Sah menyatakan yang ia adalah satu isu serius yang tidak pernah berlaku setakat ini. Sekumpulan jurutera daripada Kanada sedang dalam perjalanan ke sini untuk mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang.

image is not available

Buat masa ini, mereka telah menyediakan 73 buah bas untuk memenuhi permintaan pengangkutan Laluan Kelana Jaya yang tergendala.