Anthony Loke : Pengguna Kelak Boleh Guna Kad Kredit Dan Debit Untuk Bayaran Pengangkutan Awam

TechnologyDigitalCars
20 Mar 2023 • 6:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kelak para pengguna boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran bagi pengangkutan awam mereka. Beliau telah mengarahkan agensi sepertI KTM dan juga Prasarana dalam menggunakan sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan mereka.

Pada hari ini, pengguna hanya boleh membayar menggunakan token atau kad Touch n Go sahaja pada perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan perubahan ini, ia akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam melakukan pembayaran untuk pengangkutan.

image is not available

Anthony Loke mengatakan kelak pengguna yang menaiki bas atau keretapi boleh membayar menggunakan kad kredit atau debit. Sebelum ini sendiri, sistem sedemikian telah diuji di LRT, namun tidak diperkenalkan kepada umum.

Tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini. Anthony Loke turut menekankan yang mana kini hanya memfokuskan kepada pembayaran melibatkan pengangkutan awam sahaja, dan belum lagi untuk lebuhraya – kerana ia tertakluk kepada LLM dalam mengadaptasi sistem pembayaran terbuka.