Aerotrain akan kembali beroperasi tidak lama lagi. Itu adalah pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang mengatakan bahawa perkhidmatan Aerotrain, yang membawa penumpang penerbangan dari terminal utama ke terminal penerbangan antarabangsa akan beroperasi kembali tidak lama lagi.
Beliau mengatakan bahawa dalam masa kira-kira seminggu atau dua, pihak media akan dijemput untuk menaiki Aerotrain tersebut sebelum operasinya dimulakan kembali. Perkhidmatan tersebut nampaknya sudahpun memulakan fasa ujian, dimana saya sendiri telah melihat kereta api tersebut mula beroperasi tanpa penumpang beberapa minggu yang lalu.

Perkhidmatan Aerotrain telah dihentikan pada penghujung bulan Februari 2023 kerana masalah teknikal yang cukup kritikal, dan sehingga kini, perkhidmatan bas pengantara digunakan untuk membawa penumpang dari terminal utama ke terminal penerbangan antarabangsa.
Anthony Loke tidak memberi kata putus bilakah perkhidmatan tersebut akan mula beroperasi, tetapi jangkaan kami ialah ia akan diumumkan sewaktu acara media tersebut tidak lama lagi.




