Anthony Loke Sesak Nafas Tiada Kaitan Serangan Jantung – Lukanisman

LocalPolitics
12 Jul 2024 • 2:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anthony Loke Sesak Nafas Tiada Kaitan Serangan Jantung – Lukanisman

IPOH, 12 Julai (Bernama) — Insiden Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mengalami sesak nafas semasa menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas tidak mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.

Beliau berkata Loke dalam keadaan tergesa-gesa kerana sebelum itu beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan perlu menjawab soalan lisan sebaik tiba di Parlimen.

“Tiada kaitan dengan serangan jantung atau apa-apa (penyakit lain), ia mengenai kecergasan individu sahaja. Kalau sudah berkejar-kejar atau berlari, kadang-kadang boleh tercungap-cungap,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Asean ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di sini hari ini.

Pada Rabu, Persidangan Dewan Rakyat terganggu seketika apabila Loke dilihat tidak selesa ketika memulakan sesi jawapan lisan dan memohon diberikan sedikit masa untuk bertenang.

Susulan itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng meminta Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah untuk mengambil alih sesi berkenaan.

Bagaimanapun, Loke kembali meneruskan tugas dengan menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved