Para media di bawa masuk ke dalam tapak penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). - Semua gambar oleh Azim Rahman
Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke melawat tapak pembinaan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Para media dijemput sama membuat liputan tentang kemajuan projek itu.
Anthony berkata penembusan Terowong Genting, sepanjang 16.39 kilometer yang melintasi Banjaran Titiwangsa dijadualkan dicapai pada suku kedua 2025.
Pembinaan Terowong Genting yang menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak, Selangor adalah komponen utama ECRL, kerana melengkapkan jambatan darat (land bridge) bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, selain menghubungkan penumpang Pantai Timur ke Gombak.
Loke berkata setakat Mac lepas kerja pembinaan ECRL yang keseluruhannya sepanjang 665 kilometer telah mencapai tahap kemajuan 42.06 peratus.
Jurufoto Getaran Azim Rahman sempat merakam suasana di tapak projek pembangunan mega itu.
Tapak pembinaan penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bukit Tinggi, Bentong.
Para pekerja di tapak penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berada Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Seorang pekerja mengemudi gerabak kereta api untuk membawa pekerja-pekerja ke dalam tapak penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur.
Anthony Loke menggunakan teknologi maya bagi melihat kemajuan pembinaan tapak penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur.
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman melakukan demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan semasa lawatan ke tapak Penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur.
Kamera litar tertutup di pasang setiap tempat bagi keselamatan di tapak penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur.
Anthony Loke bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak (kiri) di tapak penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur.
Anthony Loke bersama pekerja Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bergambar membelakangi tapak penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur.