SpaceX dan Anthropic mengumumkan kerjasama untuk menyediakan akses kepada superkomputer Colossus 1 yang dibangunkan oleh xAI. Menerusi kerjasama ini, Anthropic akan dapat mengakses kuasa perkomputeran Colossus 1 yang terdiri daripada kluster lebih 220,000 GPU NVIDIA termasuk H100, H200 dan GB200 generasi baharu.

Anthropic akan menggunakan kapasiti tambahan ini untuk meningkatkan keupayaan pelanggan pelan Claude Pro dan Claude Max. Perkhidmatan Claude mengalami gangguan sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana populariti OpenClaw serta ia dilihat sebagai model AI paling berguna di pasaran semasa.
Selain ini SpaceX dan Anthropic juga menyatakan minat membangunkan pusat data AI di angkasa lepas. Trend terkini dalam kalangan syarikat AI ialah membina pusat data angkasa lepas kerana ruang tidak terhad, kuasa solar percuma dan tidak menggunakan bekalan air yang menjadikannya tidak popular di bumi.
