Anthropic dan Suno Disaman $1 Bilion Kerana Didakwa Langgar Hakcipta Muzik

TechnologyMusic
20 Aug 2026 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic dan Suno Disaman $1 Bilion Kerana Didakwa Langgar Hakcipta Muzik

Sebuah lagi saman difailkan ke atas Anthropic dan Suno kerana didakwa melanggar pemegang hak cip muzik yang digunakan dalam bagi melatih model kecerdasan buatan. Saman $1 bilion difailkan oleh syarikat penerbit muzik Round Hill dengan hak cipta antara 500 hingga 10,000 lagu milik mereka didakwa digunakan tanpa kebenaran.

Antara hak cipta lagu yang dimiliki Round Hill ialah “Iris” (Goo Goo Dolls), “Total Eclipse of the Heart” (Bonnie Tyler) dan “Lola” (The Kinks). Suno didakwa menggunakan lagu untuk melatih model AI generatif yang boleh menjana muzik. Sementara itu Anthropic pula menggunakan lirik lagi untuk melatih Claude.

Kedua-dua syarikat sebelum ini telah disaman oleh Universal Music Group, Sony Music Group, Concord, dan BMG. Suno menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan ia kini menghadkan jumlah muat turun lagu yang dijana oleh pengguna.

Peningkatan kes sama melibatkan pemegang hak cip karya dan syarikat AI semakin meningkat memaksa Microsoft membangunkan model baharu MAI yang hanya dilatih menggunakan data yang dilesenkan secara sah.

Sumber – Hollywood Reporter

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved