Anthropic mengumumkan telah memfailkan IPO secara sulit di Amerika Syarikat beberapa minggu selepas ia dilakukan oleh SpaceX. Kedua-dua syarikat kini berlumba-lumba ingin mengumpul dana bagi meningkatkan kemampuan kecerdasan buatan (AI) mereka menerusi penawaran saham kepada orang ramai.

Syarikat ini dianggarkan bernilai $965 billion dengan ini meletakkannya lebih tinggi berbanding OpenAI yang bernilai $852. Anthropic belum mengumumkan nilai dan jumlah salam yang akan ditawarkan. Menerusi pemfailan secara sulit, maklumat kewangan syarikat pada waktu ini masih dirahsiakan dengan ia hanya dapat dilihat oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat bagi tujuan semakan.
IPO ini dijangka menjadi antara penyenaraian paling bernilai tinggi bagi sebuah syarikat AI. Anthropic dipercayai memfailkan IPO lebih awal daripada jangkaan bagi mengambil kesempatan minat yang tinggi untuk saham syarikat AI serta reputasi syarikat yang sedang melonjak menerusi pengenalan Claude Mythos.


