Anthropic, salah satu syarikat memfokuskan kecerdasan buatan, dan sering diposisikan sebagai antara pesaing OpenAI, hari ini secara rasminya mengumumkan model kecerdasan buatan terbaru mereka, iaitu Claude 3.

Claude 3 hadir dalam beberapa variasi, dengan nama kod “Opus”, “Sonnet” dan juga “Haiku”. Menurut Anthropic, Yang paling berkuasa antaranya, Claude 3 Opus, dikatakan mengatasi GPT-4 dan juga Google Gemini Ultra melalui ujian penanda aras melibatkan kecerdasan buatan.

Claude 3 juga mampu meringkaskan lebih 150,000 patah perkataan – sekali ganda berbanding model sebelum ini. Disamping itu, model kecerdasan buatan baru ini mempunyai tahap pemahaman lebih baik, serta memberikan respon dan jawapan lebih tepat kepada pengguna.
Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan multi-modal – dimana pengguna boleh memuat-naik gambar, dokumen, carta dan pelbagai jenis data lain untuk ia menganalisa dan tawarkan jawapan.
Model “Sonnet” dan “Haiku” dikatakan adalah lebih kompak dan murah berbanding Opus. Bermula hari ini, Claude 3 “Sonnet” dan “Opus” boleh digunakan para pembangun bermula hari ini, dan model “Haiku” akan menyusul selepas ini.


