Anthropic Sahkan Kod Sumber Claude Code Tertiris

TechnologyDigital
1 Apr 2026 • 10:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic mengesahkan kod sumber Claude Code telah ditiriskan oleh seorang kakitangan secara tidak sengaja. Dalam insiden yang berlalu semalam 1,900 fail TypeScript dengan lebih 500,000 baris kod tertiris mendedahkan beberapa pustaka dalaman, ciri yang sedang dibangunkan dan alat digunakan Anthropic untuk melatih Claude Code.

image is not available

Insiden ini berlaku atas sebab kecuaian dan bukan disebabkan mereka digodam atau tindakan sabotaj dalaman. Fail kemudiannya dengan pantas dimuat turun sebelum dimuat naik semula ke laman Github. Selepas Anthropic menyedari apa yang berlaku, mereka mengeluarkan notis menurunkan fail yang dikongsi menggunakan undang-undang hak cipta. Dalam masa yang singkat fail dikongsi sebanyak 41,000 kali.

Selepas berjaya dipadam di Github, fail kini dikongsi di laman perkongsian pihak ketiga dan segala usaha untuk memadamnya secara kekal kini sudah terlambat. Pada awalnya ramai tidak percaya kod sumber tertiris kerana ia berlaku pada jam 4 pagi 1 April dan merasakan ia sekadar jenaka April Fool oleh Anthropic.

Anthropic turut mengatakan hanya kod sumber tertiris tetapi tiada data pelanggan sensitif yang terlibat atau terdedah. Mereka Kami sedang melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah ianya daripada berlaku lagi.

View Original Article