Anu Lelaki Kelantan Bengkak, Besi Mentol Tersangkut Selama Tiga Hari

LocalHealth & Fitness
25 Jul 2025 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki berusia 30 tahun terpaksa mendapatkan bantuan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) selepas kemaluannya membengkak akibat besi mentol yang dipakai sejak tiga hari lalu tersangkut.

Lelaki itu dibawa rakannya ke hospital selepas tidak tahan menanggung kesakitan. Disebabkan keadaan tersebut, pihak Jabatan Kecemasan HPUSM terpaksa menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu sekitar jam 7.01 malam untuk mendapatkan bantuan.

Komander Operasi, Ghaffar Surol berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong besi tersebut.,

Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong besi mentol yang tersekat pada kemaluan lelaki terbabit yang membengkak.

image is not available

Insiden ini menarik perhatian ramai kerana kecederaan seperti ini bukan sahaja menyakitkan, malah berisiko tinggi jika tidak segera dirawat. Lelaki terbabit akhirnya tampil mendapatkan rawatan selepas keadaannya bertambah teruk.

image is not available 2025-04-11 12:12:01

Misteri 'Darah' Menitik Dari Siling Bilik Akhirnya Terjawab, Bomba Terpaksa Pecah Pintu Jiran & Jumpa...