Anuar Zain Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Wanita Misteri, Peminat Setia ‘Naik Hantu’

LocalEntertainment
17 Nov 2024 • 12:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Anuar Zain

Baru-baru ini, kecoh di aplikasi TikTok apabila tular satu video yang mendakwa penyanyi terkenal, Anuar Zain telah berkahwin dengan seorang wanita misteri. Biar betul?

Menurut laporan Kosmo, video tersebut telah mengundang perhatian ramai terutamanya peminat setia penyanyi itu.

Kalau korang tengok video itu, nampaklah gambar Anuar Zain yang berpakaian seperti pengantin baru bersama seorang wanita yang turut mengenakan busana perkahwinan.

image is not available

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut disahkan tidak benar dan hanya fitnah yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Peminat ‘naik hantu’ pertahankan Anuar Zain

image is not available

Walaupun Anuar Zain tidak memberikan sebarang komen, peminatnya yang tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap tindakan menyebarkan cerita palsu itu melampau dan tidak menghormati privasi penyanyi kesayangan mereka.

Individu yang memuat naik video tersebut turut dikecam kerana enggan memadam video itu walaupun telah menerima banyak teguran daripada orang ramai. 

Tindakan ini membuatkan peminat semakin marah, memandangkan ia bukan sekadar berita palsu tetapi juga mencemarkan nama baik Anuar Zain.

Hanya untuk mengejar populariti di TikTok

image is not available

Penyebaran video palsu seperti ini sering berlaku di platform media sosial, terutama apabila ada pihak yang hanya mengejar populariti. Tapi, mereka lupa yang perkara seperti ini boleh membawa kesan buruk, termasuk tindakan undang-undang.

Kalau dah diambil tindakan nanti, baru tahu langit tinggi rendah.

#OhmediaNasihat

Di zaman serba moden ini, jangan mudah percaya dengan apa yang tular di media sosial tanpa memastikan kesahihannya. Kita juga harus bertanggungjawab dengan apa yang kita kongsi.

Sebelum memuat naik sesuatu, fikirkan kesan terhadap individu lain. Sentiasa ingat, mengejar tontonan tidak seharusnya mengorbankan maruah orang lain!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo