“Anugerah Itu Ibarat Saja, Macam Tiada Apa-Apa” – Qistina Raisah Idam Trofi, Minta Jangan Hina Pelakon Yang Tak Menang Lagi

2 Aug 2023 • 12:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon remaja, Qistina Raisah mengakui dirinya memendam hasrat untuk menggenggam sebarang trofi sesebuah anugerah.

Namun begitu, dia bersikap terbuka dan percaya rezeki masih belum memihak padanya kerana masih ramai pelakon hebat lain yang turut menerima nasib yang sama.

Saya sangat teringin (anugerah) tapi ia bergantung pada rezeki. Ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi.

Bagi saya anugerah itu ibarat sahaja. Macam tiada apa-apa, tapi kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki.

Dia dalam pada itu meminta agar rakan artis yang sudah menerima anugerah untuk tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu.

Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaankan? Siapa dah menang tu rezeki dia. Tak kisahlah dah menang anugerah atau belum, tapi setiap kali berlakon kita masih kena belajar lagi.

Perkembangan terkini, Qistina memegang watak Marina dalam filem Rahsia dan digandingkan dengan pelakon hebat lain seperti Nabila Huda.

Filem Rahsia merupakan sebuah karya reboot bergenre seram yang diarahkan oleh Shamyl Othman dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 1987.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 hours ago

"The Vellfire Is Mine.." - Dituduh Guna Aset Kerajaan & Pakai Stiker 'KHAS', Intan Najuwa Bidas Kenyataan Individu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved