Anugerah SAG 2024: Siapa yang berpakaian cantik dan siapa pula terburuk?

Women's Fashion
25 Feb 2024 • 2:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Berakhir sudah acara malam kemuncak Anugerah Screen Actors Guild 2024 (SAG) di Los Angeles, malam tadi.

Ramai artis ternama yang hadir. Misalnya, Meryl Streep, Robert Downey Jr., Jennifer Aniston, Salma Hayek, Reese Witherspoon, Fran Drescher, Selena Gomez, Ryan Gosling, Emma Stone, Pedro Pascal, Margot Robbie, Cillian Murphy, Lily Gladstone, Ali Wong dan Jessica Chastain.

Namun, tidak semua di antara mereka menjadi tumpuan dek kerana tampil cantik dengan fesyen pakaian yang menyerlah.

Ada juga yang menjadi perhatian disebabkan apa dipakai serba tidak kena dan salah.

Jom kita tengok senarai lima artis yang berpakain cantik dan lima artis berpakaian buruk dalam Anugerah SAG 2024.

image is not available

  1. Brie Larson

Cantik, seksi dan sempurna! Dalam ramai-ramai selebriti yang menghadiri malam kemuncak Anugerah SAG 2024, pelakon Brie Larson boleh dianggap paling menonjol dan paling menawan dengan gaun merah jambu lembut Atelier Versace yang terpisah dan mempunyai dua bahagian.

Brie memberitahu dia mendapat cetusan idea untuk mengenakan gaun itu setelah melihat poster model Claudia Schiffer dalam majalah Vogue 1994.

image is not available

  1. Emily Blunt

Cantik dan menyerlah dengan gaun merah menyala Louis Vuitton, Emily mungkin sengaja memilih busana itu kerana sudah merancang untuk mengadakan reunion bersama pelakon Devil’s Wears Prada lain iaitu Meryl Streep dan Anna Hathaway.

image is not available

  1. Reese Witherspoon

Seperti mana Emily Blunt, pelakon Reese Witherspoon juga memilih gaun rona merah menyala untuk berjalan di karpet merah.

Gaun ciptaan dan rekaan Elie Saab itu benar-benar nampak sempurna di tubuhnya dan ia hanya perlu tampil dengan aksesori yang minimalis.

image is not available

  1. Emma Stone

Sentiasa berpenampilan cantik dalam mana-mana acara anugerah, Emma Stone boleh diibaratkan sebagai visi dalam Louis Vuitton yang berlabuci.

image is not available

  1. Anne Hathaway

Sesekali bintang The Devil Wears Prada ini gemar mencuri perhatian dengan warna yang terang dan bersemangat.

Penampilannya dengan gaun Versace rona biru cerulean ini membuatkan mata tidak jemu dan tidak lepas memandangnya.

Yang kurang menarik

image is not available

  1. Margot Robbie

Margot Robbie dan Barbie berpisah tiada! Sejak membintangi filem Barbie, Margot Robbie sentiasa tampil dengan fesyen yang diinspirasikan daripada anak patung itu.

Di Anugerah SAG 2024, Margot menyarungkan fesyen couture inspirasi Barbie dengan gabungan warna hitam dan merah jambu daripada Schiaparelli. Sekali pandang nampak macam burung flamingo dan ia sebetulnya nampak buruk.

image is not available

  1. Ali Wong

Jika Margot Robbie nampak seperti burung flamingo, pelakon dan pelawak Ali Wong pula tidak ubah seperti burung merpati apabila mengenakan gaun hitam putih yang mempunyai sayap dan kepak berjuntai ciptaan dan rekaan Iris Van Herpen. Adakalanya dia juga nampak seperti baru keluar dari set penggambaran filem Alice In Wonderland.

image is not available

  1. Maddie Ziegler

Opps! Ada sesiapa yang perlukan tisu tandas? Tak tahulah apa yang sudah terjadi dengan Maddie Ziegler.

Namun, gaun warna cream lusuh yang dipakainya ini kelihatan seolah-olah seperti hiasan jalur tisu tandas lama. Kalau hendak bikin mumia pun boleh.

image is not available

  1. Danielle Brooks

Bagaimana agaknya kalau kita gandingkan Ali Wong dengan Danielle Brooks untuk berjalan di karpet merah yang sama? Adakah mereka akan jadi kawan atau lawan? Apapun, gaun ruffle hitam dan ungu itu membuatkan Danielle kelihatan cukup besar.

image is not available

  1. Melissa McCarthy

Apa sudah jadi dengan pelakon dan pelawak Melissa McCarthy? Selalunya dia sering bergaya cantik di majlis anugerah.

Tapi, dalam acara majlis ini, Melissa kelihatan seperti membalut dirinya dengan kertas timah. – 25 Februari, 2024