
Anugerah tahunan Skytrax ini sering dirujuk sebagai anugerah Oscars untuk industri penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat pengulas ini berdasarkan kepada pencalunan daripada para pengguna syarikat penerbangan yang mereka gemari. Kemugian mereka perlu berikan markah bagi tahap kepuasan menerusi 49 soalan merangkumi 3 kategori utama: servis perkidmatan krew kabin, lapangan terbang dan produk di dalam pesawat. Setiap aspek dalam pengalaman pelanggan yang dinilai termasuklah kecekapan servis, prosedur keselamatan sebelum, emasa penerbangan dan setelah mendarat, kemesraan & kecekapan staf lapangan terbang, kualiti, pilihan sajian dan keselesaan.
Qatar Airways terunggul sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia untuk kali kelapan bagi Anugerah Skytrax. Ini adalah pencapaian yang luar biasa bagi Qatar Airways untuk memenangi gelaran syarikat penerbangan terbaik dunia tahun 2024 untuk kali kelapan. Syarikat terbaik dari Asia Barat ini telah membina reputasi yang kukuh sejak sedekad lalu.
Menurut Skytrax, Qatar Airways telah menganggotai pakatan ‘Oneworld Alliance’ dan terbang ke 200 destinasi meliputi 82 negara di seluruh dunia. Syarikat ini turut memantap kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan global bagi mencabar pesaing serantau seperti Dubai & Abu Dhabi.
Dua syarikat penerbangan daripda Malaysia berada dalam kelompok 40 terbaik dunia di mana Air Asia berada di tangga ke-30 dan Malaysia Airlines tersenarai di tangga ke-39.
Menyingkap kembali sejarah sebagai salah seorang perintis dan pengurus kanan di Akademi Penerbangan Malaysia di Kelana Jaya sejak tahun 1990an hingga tahun 2005, masih lagi segar diingatan saya, semasa era kegemilangannya, MAS merupakan salah satu daripada 8 syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan anugerah 5 bintang oleh Skytrax.
Pada zaman kegemilangan ‘Golden Service’, MAS pernah mendapat pengiktirafan daripada ‘International Air Transport Association’ (IATA) - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa mewakili 330 syarikat penerbangan yang beribupejabat di Montreal melalui ‘IATA Operational Audit’ kerana melaksanakan keselamatan operasinya.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


