Anugerah SoyaCincau 2022: Kenderaan Elektrik (EV) terbaik

Cars
8 Dec 2022 • 5:40 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia berkembang pesat, baik dari segi pembangunan rangkaian pengecasan dan juga bilangan kenderaan yang tersedia untuk pembelian. Terdapat beberapa EV di Malaysia yang benar-benar terbukti berprestasi tinggi. Bagi menentukan EV yang terbaik, kami telah mengadakan pencalonan terbuka di pejabat SoyaCincau.

Kami telah susun dan senarai pendek pelbagai calon sebelum panel yang terdiri daripada Amin Ashaari, Alexander Wong, Najib Hamid, Raymond Saw, Jonathan Lee, Hanif Azrai dan Sudarshan Duke memutuskan tiga EV terbaik untuk tahun ini.

Pemenang Emas – Hyundai Ioniq 5

Hyundai Ioniq 5 memenangi anugerah Emas sebab ia lakukan semua asas keperluan EV dengan baik, antaranya boleh bergerak dengan jarak yang mengagumkan serta kelajuan pengecasan yang pantas. Ia juga miliki bahagian dalaman yang mewah sambil memanfaatkan sepenuhnya rangkaian kuasa elektrik.

Baca lagi mengenai Hyundai Ioniq 5 di sini.

image is not available

Pemenang Perak – Kia EV6

Kia EV6 berkongsi asasnya dengan Ioniq 5. Ia sememangnya lebih bergaya, tetapi EV6 bukan sahaja lebih mahal daripada Ioniq 5, ia juga merupakan kereta yang jauh lebih “konvensional” dan tidak banyak ruang di dalam kabin. Kelebihan yang bagus ialah, ia mempunyai jarak lebih daripada 500km impak daripada baterinya yang lebih besar.

Lebih lanjut mengenai Kia EV6 di sini.

image is not available

Pemenang Gangsa – Ora Good Cat

Ora Good Cat adalah sebuah EV yang comel dan termurah yang boleh dibeli di Malaysia. EV ini tidaklah sempurna, lebih-lebih lagi apabila melibatkan antara muka penggunanya yang memerlukan banyak kerja. Tapi harga yang ditawarkan berpatutan, badannya cantik dan ruang dalamnya juga dicipta dengan baik.

Lebih lanjut mengenai Ora Good Cat di sini.

image is not available