Anugerah SoyaCincau 2022: Laptop, perkakas & fon kepala terbaik

Digital
8 Dec 2022 • 1:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain telefon pintar, laptop, fon telinga dan pelbagai gadget lain sangat diperlukan untuk kegunaan harian. Ada banyak pilihan tersedia di pasaran, namun ada yang tidak berikan kualiti setanding dengan harga yang dijual. Oleh itu, untuk segmen Anugerah SoyaCincau ini, kami ingin mengiktiraf beberapa produk terbaik dalam kategori laptop, peranti dan fon kepala.

Kami telah mengadakan proses pencalonan terbuka untuk mengumpulkan pendapat semua orang di pejabat, sebelum menyusun dan menyenarai pendek senarai pencalonan terakhir. Panel pakar yang terdiri daripada Amin Ashaari, Alexander Wong, Najib Hamid, Raymond Saw, Jonathan Lee, Hanif Azrai dan Sudarshan Duke telah mengadakan perbincangan mendalam bagi mencari pemenang terbaik bagi setiap kategori. Berikut adalah senarai peranti yang memenangi 3 kategori ini:

Laptop terbaik tahun ini

1. Pemenang Emas – Asus ROG Flow Z13

Anugerah Emas untuk Laptop terbaik tahun ini diberikan kepada Asus ROG Flow Z13. Ia merupakan tablet game mewah yang menjalankan sistem operasi Windows. Walaupun kecil seperti Surface Pro, tapi ia ada lebih banyak kelebihan seperti perkakasan gred permainan yang boleh di naik taraf apabila diperlukan dengan menggunakan GPU luaran ROG XG Mobile.

Ketahui lagi mengenai Asus ROG Flow Z13 di sini.

image is not available

2. Pemenang Perak – Asus Zenbook 14 OLED

Asus Zenbook 14 OLED bekerja dengan cukup baik dengan menggunakan pemproses Intel Core Generasi ke-12. Ia mempunyai hayat bateri yang kukuh, badannya ringan dan tahan lama. Terdapat banyak persaingan dalam kategori nipis dan ringan 14-inci, tapi perkara yang membuatkan Zenbook 14 OLED menonjol adalah paparan OLED-nya yang hampir sempurna.

Ketahui lagi mengenai Asus Zenbook 14 OLED di sini.

image is not available

3. Pemenang Gangsa – Asus Zenbook 17 Fold OLED

Zenbook 17 Fold OLED adalah tablet 17.3 inci yang boleh dilipat menjadi laptop 12.5 inci apabila anda perlukan. Sebagai produk generasi pertama daripada Asus, ia mempunyai beberapa isu seperti papan kekunci Bluetooth bermasalah dan kualiti engsel serta kickstand yang meragukan. Tapi, kami sangat sukakan idea Asus ini walaupun ia perlu ditambah baik lagi.

Baca reviu Asus Zenbook 17 Fold OLED di sini.

image is not available

Perkakas terbaik tahun ini

1. Pemenang Emas – Pico 4

Pico 4 adalah pilihan untuk kategori ini. Ia merupakan set kepala VR kendiri (standalone) pertama yang akan dijual di Malaysia. Set VR yang ditawarkan ByteDance ini selesa dipakai dan ia menawarkan kesan yang mengasyikkan hasil paparan 4K nya yang tajam.

Baca lagi tentang Pico 4 di sini.

image is not available

2. Pemenang Perak – Samsung Odyssey Ark

Samsung Odyssey Ark ialah monitor permainan. Hasil daripada paparan 4K 55-inci yang besar, kadar penyegaran 165Hz dan radius melengkung 1000R, hasil paparannya juga sangat mengagumkan. Keupayaan memutar keseluruhan skrin 21:9-inci sebanyak 90 darjah, menjadikannya paparan untuk menonton TikTok terbaik di dunia.

Ketahui lagi mengenai Samsung Odyssey Ark di sini.

image is not available

3. Pemenang Gangsa – Logitech MX Master 3S

Jika anda perlu bekerja berjam-jam di komputer, maka penting untuk gunakan tetikus yang selesa supaya dapat selesaikan tugasan dengan baik. Logitech MX Master 3S adalah tetikus yang terbaik dan sangat sesuai dengan tangan anda. Ia dilengkapi dengan penderia 8,000DPI, roda tatal pintar, roda sisi dan butang tambahan yang boleh disesuaikan. Yang paling menarik, penggunaannya lancar, senyap dan sangat susah ditewaskan model lain.

Baca lebih lanjut mengenai Logitech MX Master 3S di sini.

image is not available

Fon kepala terbaik tahun ini

1. Pemenang Emas – Sony WH-1000XM5

Sony WH-1000XM5 Sony mengambil kualiti audio WH-1000XM4 dan telah membawanya satu tahap ke atas. Walaupun rekaannya nampak ketinggalan zaman, tapi penambahbaikan yang ketara membolehkan Sony WH-1000XM5 menyediakan pengalaman mendengar yang luar biasa. Ia juga disertakan dengan penyaring hingar aktif (ANC).

Lebih lanjut mengenai Sony WH-1000XM5 di sini.

image is not available

2. Pemenang Perak – Samsung Galaxy Buds 2 Pro

Buds 2 Pro bawakan kualiti audio yang terbaik dengan kesan bass yang kuat. Ia sangat bagus sehingga sesetengah lagu akan terasa seperti anda mendengarnya buat kali pertama. Kualiti ANC padanya tidak sehebat Sony WH-1000XM5, tetapi sebagai sepasang fon telinga TWS, ia mungkin memperoleh skor purata tertinggi di pasaran sekarang.

Baca lagi tentang Galaxy Buds 2 Pro di sini.

image is not available

3. Pemenang Gangsa – Sony LinkBuds S

Walaupun berada di tempat ketiga, Sony LinkBuds S mempunyai pukulan muzik yang kuat dengan kualiti audio terbaik daripada mereka. Ia juga didatangkan dengan ANC. Tapi antara kekurangannya ialah, ia tiada fungsi pengecasan tanpa wayar untuk sarung dan integrasi ekosistem seperti Galaxy Buds 2 Pro Samsung atau AirPods.

Ketahui lebih tentang Sony LinkBuds S di sini.

image is not available