Anugerah Turing 2025 Dimenangi Pencipta Protokol Kriptografi Kuantum

WorldTechnology
18 Mar 2026 • 9:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem kriptografi kuantum adalah antara yang paling selamat di dunia kerana kunci penyulitan dijana secara rawak dan bukan bergantung kepada algoritma matematik. Persatuan untuk Jentera Pengkomputeran (ACM) hari ini mengumumkan Anugerah Turing 2025 dimenangi oleh Charles H. Bennett dan Gilles Brassard.

image is not available

Bennett dan Brassard dianggap sebagai pengasas bidang maklumat kuantum yang menggabungkan fizik kuantum dan sains komputer. Ia bermula dengan Protokol BB84 yang dibangunkan mereka pada tahun 1984 yang menjadi asas kepada kriptografi kuantum. Ia membolehkan dua pihak berkongsi kunci rahsia dengan keselamatan dijamin oleh hukum fizik. Sebarang pengintipan boleh dikesan kerana maklumat kuantum tidak boleh disalin tanpa gangguan.

Charles H. Bennett ialah ahli fizik dari Amerika Syarikat yang bertugas di IBM. Beliau turut adalah tokoh dalam bidang teleportasi kuantum dan teori maklumat. Sebelum menerima Anugerah Turing, beliau telah memenangi anugerah Wolf Prize dan Breakthrough Prize.

Gilles Brassard pula ialah seorang Ahli sains komputer Kanada yang merupakan perintis awal maklumat kuantum. Beliau bertugas sebagai Profesor di Université de Montréal. Seperti Bennett, beliau juga pemegang anugerah Wolf Prize dan Breakthrough Prize.

Sebagai pemenang ACM A.M. Turing Award, Bennett dan Brassard menerima hadiah $1 juta yang diberikan oleh Google.

View Original Article