Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja-Thailand

LocalPolitics
14 Nov 2025 • 11:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja-Thailand

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebentar tadi bagi membincangkan perkembangan terkini sempadan Kemboja-Thailand.

Anwar memaklumkan mengenai perkara tersebut di Facebook miliknya.

Menurutnya, beliau menzahirkan kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh.

“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Lantaran itu, saya mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang telah turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand demi memastikan apa jua perbezaan ditangani dengan tertib, demi menjamin kestabilan dan keharmonian serantau,” katanya.

BACA JUGA: Anwar Hubungi PM Thailand & Kemboja, “Mereka Beri Maklum Balas Positif”

Semalam, Anwar memaklumkan bahawa beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Thailand dan Kemboja untuk membincangkan perkembangan usaha damai susulan insiden terkini di sempadan kedua-dua negara.

“Saya menegaskan pendirian Malaysia untuk melihat persahabatan dan gencatan senjata antara kedua-dua negara diperkukuh selaras persefahaman yang termeterai di Kuala Lumpur hujung bulan lalu.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam merintis jalan damai ini.

“Kedua-dua Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan atas pendirian Malaysia serta peranan yang kita galas, bukan sahaja sebagai Pengerusi ASEAN tetapi juga selaku sahabat dan jiran serantau yang mendambakan keamanan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sumber: Anwar Ibrahim

The post Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja-Thailand appeared first on Siakap Keli.