Anwar akan jelaskan isu hak pemberian khas 40 peratus Sabah esok

LocalPolitics
29 May 2026 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar akan jelaskan isu hak pemberian khas 40 peratus Sabah esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menjelaskan mengenai rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, termasuk semakan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), esok.

"Itu saya akan jelaskan esok di Sabah. Saya akan ke Sabah," katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Kerajaan Persekutuan komited untuk memperbetul pendirian rasmi pentadbiran terdahulu, termasuk melaksanakan semakan berkaitan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, komitmen itu selaras dengan pendirian Anwar yang mengiktiraf hak Sabah terhadap pemberian khas berkenaan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini bukan sahaja tidak membuat semakan, malah pernah menjawab secara rasmi di Parlimen bahawa hak Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus itu telah terhenti kuat kuasanya. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved